Tuesday, November 10, 2009

Pentarama

Persembahan PENTARAMA hiburan bermaklumat “Ceria Berinformasi”, iaitu 'Penerangan Melalui Nyanyian, Tarian dan Drama' telah diwujudkan pada tahun 1971 selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 sebagai satu alternatif baru Jabatan Penerangan ketika itu dalam usaha untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat berhubung dengan isu-isu semasa dan pemahaman tentang Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru.

Oleh yang demikian, pada tanggal 20 - 23 Oktober 2009 kumpulan PENTARAMA telah mengadakan persembahan dibeberapa lokasi terpilih di sekitar Daerah Hulu Perak ini. Pada 20.10.2009 di Padang Bolasepak Kg Jong, 21.10.2009 bertempat di Dataran Hentian Rehat Tasek Raban, Lenggong dan destinasi terakhir pada 23.10.2009 bertempat di Dataran Anjung Bestari RPS Air Banun.

Ketiga-tiga lokasi berkenaan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat. Bahkan mereka juga berharap agar program sebegini diteruskan pada masa-masa mendatang.

Monday, November 9, 2009

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KB Kg Lawin



Dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri, Komuniti Bestari Kg Lawin turut tidak ketinggalan dalam menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri pada tanggal 15 Oktober yang lalu. Program dimulakan pada jam 03.00 petang dan turut mendapat kerjasama daripada JKKK Kg Lawin. Seramai lebih kurang 200 orang penduduk setempat hadir bagi memeriahkan majlis serta memberikan sokongan mereka terhadap program anjuran KB Kg Lawin ini.



Pengerusi KB Kg Lawin, Tuan Hj Khalib bin Buyong dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua AJK KB yang telah bertungkus lumus

Tuesday, November 3, 2009

Majlis Rumah Terbuka Komuniti Bestari DUN Kota Tampan


Komuniti Bestari Mukim Lenggong, Komuniti Bestari Mukim Temelong serta Komuniti Bestari Mukim Durian Pipit merupakan Komuniti Bestari yang terletak di dalam DUN Kota Tampan. Ketiga-tiga Komuniti Bestari tersebut dibawah penyelarasan Encik Faridz bin Hashim.

Pada 11 Oktober 2009 (Ahad) bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Kota Tampan, ketiga-tiga Komuniti Bestari tersebut telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Komuniti Bestari DUN Kota Tampan. Majlis diserikan dengan kehadiran YB Dato Hj Saarani bin Mohamad, EXCO Kerajaan Negeri Perak merangkap ADUN Kota Tampan. Tidak ketinggalan Pengarah Penerangan Negeri Perak, Tuan Hj Abdullah bin Mohd Ariff turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis.




Majlis ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan serta baik sekali daripada masyarakat setempat tambahan pula ianya melibatkan ketiga-tiga Mukim terbesar dalam Parlimen Lenggong.

Thursday, October 8, 2009

Sungai Air Beruk




Lokasi Sungai Air Beruk ini terletak kira-kira 20 minit dari Pekan Gerik. Tempat ini terletak di Kampung Padang Stang, Gerik. Kg Padang Stang pula terletak di jalan menghala ke Pengkalan Hulu. Saliran air ini dari sempadan Perak-Thailand. Air yang cantik dan nyaman amat sesuai untuk aktiviti rekreasi. Tujuan Air Beruk ialah untuk menjana elektrik bagi kawasan yang berdekatan. Dahulunya, org petani berhijrah ke Tanah Melayu menghulu melalui Sungai Air Beruk dan telah berkampung di Padang Stang. Di kawasan perkelahan Air Beruk juga disediakan kemudahan seperti tandas dan surau.

Tuesday, October 6, 2009

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri


Hari ini, 07/10/2009 (Rabu) Pejabat Penerangan Daerah Hulu Perak telah berjaya menganjurkan satu Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Bertempat di Pejabat Penerangan sendiri, seramai lebih kurang 60 orang tetamu hadir bagi memeriahkan lagi majlis.

Sebelum bermulanya majlis, kami secara bergotong royong telah menyediakan juadah untuk para tetamu yang datang. Pelbagai ragam dan keletah dapat dilihat sepanjang kami menyediakan juadah tersebut.



Tetamu yang dijemput, mula datang seawal jam 10.00 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Abdul Rahman daripada Pejabat Perpaduan. Walaupun sederhana tapi majlis tersebut tetap meriah dengan kehadiran para tetamu dan mendapat kerjasama daripada semua kakitangan pejabat. Sekalung penghargaan terima kasih diucapkan.



Terima kasih daun keladi, ada rezeki kita buat lagi....=)

Monday, October 5, 2009

Lata Ulu Lawin



Lata Ulu Lawin adalah satu kawasan perkelahan yang terletak kira-kira 27 km daripada pekan Gerik dan 1 km daripada pekan kecil Lawin. Lata Ulu Lawin sesuai dijadikan sebagai tempat perkelahan, akiviti-aktiviti perkhemahan dan kursus. Air yang mengalir melalui lata ini cukup jernih dan tidak tercemar dan udara di kawasan tersebut amatnyaman yang menjadi punca tarikan pengunjung. Kawasan ini juga mempunyai kemudahan seperti kawasan tempat letak kenderaan, kawasan perkhemahan, kedai makan, chalet, tandas awam, surau dan sebagainya.

Kampung Bongor, Taman Rafflesia






Taman Refflesia ini terletak di Kampung Bongor dalam kawasan Bersia, Gerik. Perjalanannya memakan masa selama 25 minit untuk sampai ke Kapung Bongor. Manakala dari Kg. Bongor ke kaki bukit mengambil masa lebih kurang 30 minit dan perlu merentasi jalan yang tidak berturap. Dari kaki bukit menuju ke kawasan rafflesia pula mamakan masa selama satu jam berjalan kaki.

Pelbagai jenis refflesia yang terdapat di sini. Antaranya ialah refflesia azlanii dan refflesia Cantleyi. Kawasan taman ini berukuran 5 hektar. Refflesia ini boleh digunakan sebagai sumber ubat-ubatan. Mengikut sejarah, refflesia azlanii diberi nama sempena nama Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah. Kawasan ini diuruskan oleh En. Ishak Yahya daripada Kg. Bongor. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi nombor ini : 019-4285573. Pelancong hanya dibenarkan masuk ke dalam taman ini untuk menikmati keajaiban alam semulajadi dengan diiringi oleh Encik Ishak sahaja dan dalam kuantiti yang sedikit.

Tempat ini dijadikan sebagai tempat kajian bagi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan diterajui oleh Prof. Dr. Kamaruddin Mat Salleh. Di taman ini juga terdapat pelbagai pokok yang jarang ditemui di tempat-tempat lain. Sumber-sumber hutan ini amat berguna dalam industri perubatan.