Daerah Hulu Perak ini terletak di Koridor Timur Laut. Ianya merupakan sebuah kawasan pendalaman yang berpotensi untuk dimajukan sebagai pintu masuk di bahagian Timur Laut sempadan Thailand bagi menarik kemasukan barang keluaran Thailand untuk dieksport melalui pelabuhan Malaysia. Kawasan industrinya adalah berasaskan kepada sumber, industri kecil dan sederhana (IKS), ecotourism, agrotourism, pertanian dan pembalakan serta homestay.
Di daerah ini juga terdapat beberapa kemudahan pendidikan antaranya adalah MRSM Gerik, MRSM Lenggong, Sekolah Menengah Teknik Gerik, Kolej Komuniti Gerik, sekolah menengah harian, sekolah kebangsaan, sekolah agama rakyat serta Pusat Giat Mara.
Industri yang popular di daerah ini adalah industri hiliran yang berasaskan kepada kayu serta pengeluaran ikan pekasam.
Perjalanan tuan-tuan dan puan-puan dari Ipoh ke Gerik adalah sejauh 154 km n mengambil masa lebih kurang 2 jam..Bersempadan dengan Daerah Jeli ( Kelantan ) serta Daerah Baling ( Kedah ). Perjalanan ke Gerik, mendamaikan serta sejuk mata memandang kerana floran dan faunanya.
Pejabat Penerangan Daerah Hulu Perak terletak di Aras 1, Bangunan Persekutuan Hulu Perak.
Dalam pejabat Grik da 7 orang staf..bermula dengan bos, iaitu PPD Khairul ( Khairul Ferdaus bin Mat Jilid. 3 orang FO iaitu Farid ( Faridz bin Hashim ), Ade ( Ade Noorazura a/p Awang ) dan Fasha ( Nor Fasharina binti Kholil ) . Turut dibantu oleh 2 orang JAV yang otai En Mat Darus bin Adam serta En Zainal bin Zabidi. Dan sorang lagi Abg Mie ( Mohd Zaimi bin Mohamad ) PAP kat sini..
Terdapat 7 buah KB dalam Daearah Hulu Perak nie. KB Padang Stang, KB RPS Air Banun, KB Mukim Gerik, KB Kg Lawin, KB Mukim Lenggong, KB Mukim Temelong n KB Mukim Durian Pipit. Kelab Setia plak ada 3, iaitu Kelab Setia SMK Gerik, Kelab Setia SMK Sultan Idris Shah II dan Kelab Setia Sek Men Dato Ahmad.
13 years ago

0 comments:
Post a Comment