Gambar-gambar diatas merupakan program Lawatan PUSPANITA Kebangsaan Puspanita ke Kg Semelor, RPS Air Banun. Pelbagai aktiviti telah dirancang sepanjang program ini antaranya adalah pertunjukkan tarian sewang oleh masyarakat orang kita Kg Semelor, demontrasi memasak nasi didalam buluh, demontrasi anyaman atap nipah, gelang serta lain-lain kraftangan serta turut dipertontonkan demontrasi untuk menjerat haiwan liar seperti ayam hutan dan monyet. Sewaktu sarapan pagi, ahli rombongan dihidangkan dengan menu berasaskan ubi kayu iaitu makanan tradisi masyarakat Orang Asli.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan semua, Kg Semelor pernah dianugerahkan sebagai kampung Orang Asli tercantik di negeri Perak serta mendapat tempat ketiga bagi kategori kampung-kampung seluruh Malaysia. Apa yang menarik perhatian semua, apabila terlihat di setiap batang pokok, tergantung bekas pembuangan sampah yang diperbuat daripada buluh.

0 comments:
Post a Comment