Monday, August 17, 2009

Karnival Sepakat Bestari Hulu Perak





Tanggal 16/05/2009 (Sabtu) Jabatan Penerangan Daerah Hulu Perak dengan kerjasama tujuh gabungan Komuniti Bestari (K-Bestari) yang terdapat dalam Daerah Hulu Perak telah berjaya menganjurkan Karnival Sepakat Bestari. Karnival ini telah berlangsung di Padang Majlis Daerah Lenggong. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Kerajaan Negeri merangkap ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani bin Mohamad, Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar bin Nasarah, Pengarah Penerangan Negeri Perak Hj Abdullah bin Arif dan Ketua Balai Polis Lenggong, Sub Inspektor Jaafar Rejab.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan serta swasta seperti Jabatan Tenaga Kerja, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan, Kolej Komuniti Gerik, Proton Edar, Etiqa Insurance serta Kolej Mega Cerah Informasi. Bentuk program yang dianjurkan juga membolehkan setiap peserta komuniti serta pengunjung melibatkan diri secara riadah, pameran, pemeriksaan kesihatan, sukaneka, pertandingan mewarna oleh Tadika KEMAS, pertandingan memasak serta gubahan, jualan IKS oleh ahli-ahli komuniti dan juga pameran serta kempen dari badan-badan kerajaan.

Program ini sendiri bermatlamatkan perpaduan, kesefahaman dan jalinan hubungan erat tanpa mengenal batas agama, bangsa serta fahaman.

0 comments:

Post a Comment