Thursday, September 17, 2009

Majlis Berbuka Puasa dan More KB Kg Lawin Bersama Khariah Masjid Kg Lawin

Komuniti Bestari Kg Lawin dengan kerjasama Khariah Masjid Kg Lawin telah berjaya menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan More pada 16/09/2009, bertempat di Masjid Kg Lawin. Turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis adalah YB Adun Kenering, Toh Shahbandar Hulu, Dato Hj Tarmizi bin Idris. Program bermula seawal jam 04.00 petang. Penduduk kampung bersama-sama bergotong royong bagi menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Selesai berbuka, kami menunaikan Solat Maghrib, Isyak seterusnya Solat Tarawih bersama-sama. Majlis diakhiri dengan jamuan juadah more. Semoga program sebegini akan diteruskan agar hubungan masyarakat setempat dapat dieratkan lagi.

0 comments:

Post a Comment