Thursday, September 10, 2009

Majlis Iftar dan Qiamullail Perdana anjuran Kelab Kerja Sosial USM & KB RPS Air Banun

Komuniti Bestari RPS Air Banun bersama dengan Kelab Kerja Sosial USM dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Hulu Perak telah menganjurkan Majlis Iftar dan Qiamullail Perdana Bersama Masyarakat Orang Asli, pada 05-06/09/2009 bertempat di Perkarangan Surau Kg Sungai Raba, RPS Air Banun. Majlis bermula pada jam 05.00 petang dengan ketibaan Prof Madya Dr Ismail Baba, Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM serta lain-lain jemputan. Majlis dimulakan dengan Program Titian Kasih. Di dalam program ini, sebanyak 30 keluarga menerima sumbangan berupa beras, duit raya serta hamper. Majlis turut diserikan lagi dengan pemberian wang raya oleh Dr Ismail Baba dan isteri kepada anak-anak Masyarakat Orang Asli dikampung tersebut. Walaupun cuaca pada petang tersebut hujan namun majlis tetap berjalan dengan lancar dan baik. Suasana menjadi semakin meriah apabila tiba waktu berbuka puasa. Semua peserta dan urusetia menikmati juadah berbuka yang sama tanpa mengira darjat, bangsa mahupun kedudukan. Dan sudah pasti, ianya akan lebih mengeratkan lagi hubungan diantara satu sama lain. Selesai majlis berbuka, majlis diteruskan dengan Solat Maghrib, Isyak dan Solat Tarawih berjemaah di Surau Kg Sungai Raba. Selesai bertarawih, jamuan more pula menyusul. Pujian perlu diberikan kepada pelajar-pelajar daripada Kelab Kerja Sosial USM atas segala usahan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga program ini akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

0 comments:

Post a Comment