Thursday, September 3, 2009

Pelancaran Kelab Setia SMK Dato Ahmad, Lenggong

Selepas SMK Sultan Idris Shah II dan SMK Gerik, SMK Dato Ahmad, Lenggong pula dipilih sebagai sekolah ketiga yang mempunyai Kelab Setia. Majlis pelancarannya adalah pada 08/07/2009 bertempat di kantin sekolah serta telah dirasmikan oleh Pegawai Penerangan Daerah Hulu Perak sendiri, Encik Khairul Ferdaus bin Mat Jilid.

Penubuhan Kelab Setia ini diharap dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berwibawa serta berjiwa patriotik. Sesuai dengan motonya Penggerak Generasi Terbilang, pelajar yang menyertai Kelab Setia secara tidak rasmi akan menjadi ejen penyalur maklumat rasmi kerajaan.

0 comments:

Post a Comment