Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Perak/Kedah dan Jabatan Penerangan Hulu Perak telah berjaya mengadakan Program Satu Komuniti Satu JPJ. Bertempat di SK RPS Air Banun, program telah dilangsungkan selama 2 hari iaitu bermula pada 03 - 04/07/2009. Program telah disempurnakan oleh Y.Bhg Dato Hj Solah bin Mat Hassan, Ketua Pengarah JPJ Malaysia.
Program sebegini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat Orang Asli dengan lebih mendalam berhubung urusan-urusan yang dijalankan oleh JPJ serta memberi peluang kepada masyarakat Orang Asli untuk memiliki lesen memandu yang sah.
Antara program-program yang telah diatur adalah seperti pameran oleh SPR, AADK, Jabatan Kesihatan, Kolej Komuniti Gerik serta JKJR. Selain daripada itu, turut diadakan pemeriksaan kesihatan, acara sukaneka dan pertandingan karaoke.

0 comments:
Post a Comment