Sunday, September 27, 2009

Gateway To Nature "Pulau Banding"











Tasik Temenggor merupakan empangan bagi janakuasa hidroelektrik di utara negeri Perak atau lebih dikenali sebagai Daerah Hulu Perak. Empangan ini di bina pada tahun 1970 dan siap 1974. Air dari empangan ini disalurkan sebagai bekalan air minuman bagi penduduk negeri Perak dan Pulau Pinang. Empangan ini seluas 152 km persegi dan mengandungi 6,050 juta kubik air meliputi Hutan Simpan Belum seluas 117,500 hektar.
Jarak dari Ipoh ke Tasik Temenggor ialah 200 km ke arah Gerik menuju ke Jeli di Kelantan. Perjalanan daripada KL pula mengambil masa lebih kurang 5 jam manakala satu setengah jam perjalanan daripada Pulau Pinang. Anda perlu mengisi minyak penuh-penuh di Gerik terlebih dahulu kerana tidak ada stesen minyak di pertengahan jalan. Di bahagian tengah ada sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Banding atau Tasik Banding. Sebuah kem tentera dibina di kawasan ini bagi menjaga keselamatan Empangan Temenggor.Pulau Banding terletak di Tasik Banding iaitu sebuah empangan di Lebuh raya Timur Barat antara negeri Perak dengan Jeli di Kelantan. Pulau Banding terhasil daripada tenggelamnya kawasan hulu sungai untuk membina empangan.
Banding meliputi kawasan seluas 12,728.58 hektar dan dianggarkan akan mempunyai jumlah penduduk seramai 616 orang pada tahun 2015.
Cadangan pembangunan utama sehingga tahun 2015 adalah kawasan pelancongan di Pulau Banding yang sesuai sebagai Hab Pelancongan Utama ( Main tourism Hub) bagi daerah Hulu Perak. Ia boleh dijadikan pintu masuk ke semua destinasi pelancongan di Tasik Temenggor dan Royal Belum.

0 comments:

Post a Comment