Sunday, September 27, 2009

Majlis Berbuka Puasa 1 DUN 1 Program

Alhamdulilah dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, kita sama-sama dapat meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan meriah dan gembira. Namun begitu, yang telah tiada dilupa jangan.

Bersempena dengan bulan Ramadan yang lepas, tiga majlis berbuka puasa untuk program 1 DUN 1 Program telah berjaya dilaksanakan. Bermula pada 10/09/2009, majlis berbuka puasa telah diadakan di Kampung Temelong bagi DUN Kota Tampan. ADun Kota Tampan merangkap EXCO Kerajaan Negeri Perak adalah YB Dato Saarani bin Mohamad.

Diikuti pula pada 11/09/2009, majlis berbuka puasa bagi DUN Temengor telah berjanya dilangsungkan, bertempat di Masjid Kg Bersia. Bagi DUN Temengor, YB Dato Hasbullah bin Osman pula merupakan ADUN bagi kawasan ini.

Tanggal 17/09/2009 pula, majlis berbuka puasa telah berjaya dilangsungkan di Surau Felda Tawai 1. Felda Tawai terletak dalam Dun Kenering yang dipimpin oleh Toh Shahbandar Hulu, YB Dato Tarmizi bin Idris.

Ketiga-tiga majlis berbuka puasa ini telah berjaya dilaksanakan serta mendapat kerjasama yang baik daripada masyarakat setempat. Program sebegini juga turut memberi impak yang baik antara kakitangan JaPen Hulu Perak dan masyarakat setempat.

0 comments:

Post a Comment