Thursday, September 3, 2009

Lawatan Sambil Belajar KB Mukim Temelong ke Terengganu



































Selepas berjaya menganjurkan Program Info Bestari, pada 31 Julai hingga 02/08/2009, KB Mukim Temelong sekali lagi meneruskan aktivitinya pada tahun ini dengan mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke KB Kg Meraga Beris, Kemaman Terengganu Darul Iman. Terletak dalam Daerah Kemaman, KB Kg Meraga Beris merupakan KB yang terpilih untuk mewakili Peringkat Kebangsaan.

Kunjungan kami disambut baik oleh PPD Daerah Kemaman, Puan Fadzilah. Kedatangan kami ke Anjung Bestari KB Kg Meraga Beris disambut meriah dengan paluan kompang dengan diiringi dengan bunga manggar. Turut sama mengunjung KB Meraga Beris, adalah Persatuan Belia Johor. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Setiausaha KB dan PPD Daerah Kemaman. Ucap balas bagi pihak KB Mukim Temelong telah disampaikan oleh Pengerusi KB Mukim Temelong sendiri iaitu Encik Malik. Selepas ucapan, kami diberikan taklimat berkaitan dengan profil KB Meraga Beris ini. Kemudiannya, kami dibawa untuk melihat produk-produk yang diusahakan sendiri oleh ahli-ahli KB Kg Meraga Beris. Antaranya adalah jeli kelapa pandan, perusahaan cili boh, penanaman rockmelon,penternakan lintah dan perusahaan keropok. Kami turut dibawa melawat ekspo Satu Daerah Satu Produk. Banyak perkara baru dipelajari ahli-ahli KB Mukim Temelong dan diharap akan dipraktikkan apabila pulang nanti.

Keesokkan harinya, kami terus ke Kuala Terengganu. Antara tempat-tempat menarik yang kami lawati adalah Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam serta Bukit Puteri. Secara umumnya, setiap ahli rombongan sangat berpuas hati dan menikmati LSB ini.

0 comments:

Post a Comment