Friday, September 4, 2009

Lawatan Sambil Belajar Kelab Setia ke RTM Ipoh

Lawatan Sambil Belajar bukan sahaja menjadi aktiviti bagi Komuniti Bestari, bahkan ianya juga merupakan salah satu aktiviti bagi Kelab Setia. Oleh yang demikian, tiga Kelab Setia yang berada dalam Daerah Hulu Perak telah bekerjasama untuk menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke RTM Ipoh. Namun begitu, hanya SMK Dato Ahmad sahaja yang dapat menyertai LSB tersebut. Ini kerana SMK Gerik sedang dikuarantinkan berikutan wabak H1N1 manakala SMK Sultan Idris Shah II pula sedang menghadapi peperiksaan Bertarikh 04/08/2009, rombongan daripada SMK Dato Ahmad, telah berangkat ke RTM Ipoh. Seramai 30 orang ahli Kelab Setia yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Rendah telah hadir bagi menjayakan lawatan tersebut. Apabila tiba di RTM Ipoh, para pelajar diberi taklimat oleh Encik Omar bin Ahmad, Pembantu Penerbit Kanan RTM Ipoh. Kemudiannya para pelajar dibawa melawat ke konti radio, bilik kawalan serta bilik pengeditan bahan. Para pelajar turut dibawa ke Pameran DiRaja bertempat di Dewan Bandaranya Ipoh.

Semoga program seperti ini, dapat memberi banyak manfaat kepada ahli-ahli Kelab Setia.

0 comments:

Post a Comment