Tuesday, September 8, 2009

Majlis Tahlil dan Sambutan Bulan Ramadan Al-Mubarak KB Kg Lawin bersama Khariah Masjid Kg Lawin

Pada 21/08/2009 yang lalu, satu Majlis Tahlil dan Sambutan Bulan Ramadan Al-Mubarak telah diadakan di Masjid Kg Lawin. Majlis adalah anjuran bersama KB Kg Lawin dan Khariah Masjid Kg Lawin. Majlis dimulakan seawal jam 09.00 pagi dengan aktiviti gotong royong kenduri kampung. AJK KB dan masyarakat setempat bekerjasama bagi menyediakan juadah makan tengahari. Selesai Solat Jumaat, diikuti pula dengan majlis tahlil yang dipimpin oleh Tuan Hj Md Desa bin Majid, Imam Masjid Kg Lawin. Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Toh Shahbandar Hulu, Dato Hj Tarmizi bin Hj Idris, Adun Kenering. Program sebegini bukan sahaja mengeratkan lagi hubungan sesama masyarakat setempat, bahkan ianya juga turut mendekatkan pemimpin dengan rakyat.

0 comments:

Post a Comment