Tuesday, September 8, 2009

Perbarisan Sambutan Kemerdekaan Yang ke 52

Tanggal 03/09/2009, bertempat di Tapak Lapangan Terbang Gerik, telah dijalankan perbarisan bersempena dengan Sambutan Kemerdekaan yang ke 52. Sambutan tersebut dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian di Jalan Sultan Yusuf, Gerik. Diikuti dengan upacara menaikkan bendera Malaysia diiringi dengan nyanyian lagu Negaraku serta bacaan ikrar. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan perutusan Sambutan Bulan Kemerdekaan daripada YAB Menteri Besar Perak oleh Y.Bhg Dato Hj Abdul Karim bin Osman, Pegawai Daerah Hulu Perak. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato Saarani bin Mohamad, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Adun Kota Tampan. Turut mendapat perhatian adalah pertandingan Sepanduk Terbaik. Tempat ketiga telah dimenangi oleh wakil daripada Komuniti Bestari Mukim Gerik.

0 comments:

Post a Comment