Tuesday, September 8, 2009

Program Info Bestari KB Kg Padang Stang





Komuniti Bestari Kg Padang Stang telah berjaya menganjurkan Program Info Bestari pada 15/08/2009 bertempat di Tapak Perkelahan Sg Bruk. Anjung Bestari KB Padang Stang juga terletak berhampiran dengan kawasan perkelahan ini. Program ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Perak, AADK Hulu Perak serta IPD Gerik.


Antara aktiviti yang dijalankan adalah gotong royong kenduri kampung, pertandingan mewarna bagi kanak-kanak, sukaneka, pameran, jualan serta ceramah berkaitan wabak H1N1. Pengunjung-pengunjung yang datang juga boleh menjalankan pemeriksaan kesihatan serta pemeriksaan pap smer bagi wanita secara percuma. Pada sebelah malamnya pula, bertempat di Surau Kg Padang Stang, turut diadakan ceramah agama tentang bahayanya wabak selsema babi yang semakin menular ketika ini. Ceramah tersebut disampaikan oleh Ustaz Fahmi. Rata-rata penduduk sangat berpuas hati dan memberikan sokongan yang baik. Mereka juga berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

0 comments:

Post a Comment